m

frequently ask question

  /  frequently ask question
Dimanakah alamat Rekahub Studio dan bilakah waktu operasi Rekahub Studio sepanjang raya 2026

Alamat:
Rekahub Studio
2A-2, Jalan PP16/2,
Perdana Industrial Park,
Taman Putra Perdana,
47130 Puchong, Selangor

Waktu Operasi Studio Raya:
(Bermula 1 Ramadhan – 30 Syawal)
19 Febuari 2026 – 19 April 2026
Isnin – Ahad
10am – 10pm
Tutup : Hari Raya Pertama & Kedua

 

Adakah backdrop raya 2026 sama seperti dalam website (Backdrop Raya 2025) ?

Tidak, backdrop raya untuk tahun 2026 akan diubah sepenuhnya dan akan dijangka siap pada febuari 2026. Kami akan update tentang backdrop raya baru di laman instagram kami (rekahub.studio) dari semasa ke semasa. Sebanyak 3 backdrop baharu akan dibuat dan akan mengekalkan konsep yang sama iaitu konsep klasik, konsep moden dan konsep natural. Walaubagaimanapun, tempahan sudah boleh mula dibuat untuk menjamin slot anda.

Berapa backdrop akan shoot nanti jika buat tempahan. Boleh pilih backdrop ke?

Untuk sesi 15 minit akan dapat shoot 2 backdrop bergantung pada jumlah bilangan keluarga. Untuk shoot ketiga-tiga backdrop perlu buat tempahan 30 minit dan keatas. Jika bilangan keluarga adalah ramai disarankan ambil slot 1 jam.

Ya, anda boleh pilih backdrop kegemaran anda semasa datang ke studio nanti dan maklumkan pada jurugambar yang bertugas.

Raya pertama dan kedua buka ke?

Raya pertama dan kedua studio raya kami tidak beroperasi. kami akan sambung operasi pada raya ketiga sehingga habis Syawal.

Adakah saya perlu membuat tempahan untuk dapatkan slot photoshoot? Adakah walk-in sahaja pada bila-bila masa di studio dibenarkan?

Ya, tempahan awal perlu dibuat terlebih dahulu di website kami untuk mendapatkan slot photoshoot anda. Walk-in adalah tidak dibenarkan, dan tiada sebarang rundingan. Setiap tempahan slot photoshoot memerlukan Deposit RM30. Deposit tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya pelanggan gagal hadir pada sesi photoshoot yang dipersetujui. Pelanggan boleh menukar tarikh sesi photoshoot selewatnya 24 jam sebelum tarikh asal, bergantung kepada slot kekosongan yang ada. Pembatalan sesi photoshoot yang telah ditempah akan mengakibatkan deposit anda tidak dikembalikan.

Setelah membuat tempahan, bilakah waktu yang sesuai untuk saya datang photoshoot raya di Rekahub Studio?

Datang pada tarikh mengikut tempahan yang dibuat, anda WAJIB untuk datang 15 minit awal sebelum sesi photoshoot anda bermula. Kegagalan untuk hadir pada waktu yang dipersetujui akan menyebabkan pertindihan slot dengan pelanggan lain dan seterusnya. Sekiranya tiba lebih awal, hanya 1 orang sahaja yang dibenarkan untuk naik ke studio bagi memastikan giliran anda.

Rekahub Studio mesra kanak-kanak ke? Saya risau anak-anak meragam ketika photoshoot

Ya, setiap jurugambar kami mesra kanak-kanak dan sentiasa dilatih untuk menceriakan dan pandai menarik perhatian kanak-kanak semampu kami. Namun, anda juga harus memastikan anak-anak datang dalam keadaan sihat, mendapat cukup rehat dan disediakan susu atau makanan yang cukup bagi membantu memupuk mood yang baik semasa photoshoot berlangsung.

Bolehkah saya membawa ahli keluarga yang lain untuk turut serta dalam sesi photoshoot nanti?

Hanya 6 orang maksimum yang dibenarkan bagi setiap satu sesi photoshoot. Sekiranya ahli keluarga yang datang lebih daripada had yang ditetapkan, tambahan RM10 setiap seorang akan dikenakan. Setiap pakej adalah untuk 1 keluarga sahaja termasuk ibu bapa atau datuk nenek. Setiap tambahan keluarga lain yang akan photoshoot berasingan akan dikenakan cas tambahan sebanyak RM60 per keluarga atau anda digalakkan menambah 1 lagi pakej A (15 minit).

Bolehkah kami menukar pakaian, bersiap dan make-up di studio?

Tidak, kami tidak menyediakan bilik persalinan di studio. Sila pastikan anda telah bersiap sepenuhnya dari rumah. Bagi perempuan yang bersolek pastikan telah siap solek dari rumah dan bagi lelaki yang memakai baju melayu, pastikan telah siap bersampin dan memasang butang baju melayu dari rumah lagi. Ini bagi memastikan masa sepanjang slot anda dapat digunakan sepenuhnya untuk mengambil gambar.

Adakah kasut dibenarkan pakai semasa photoshoot nanti?

Ya, kasut dibenarkan untuk pakai semasa photoshoot nanti. Sila pastikan kasut anda dalam keadaan bersih dan tidak kotor semasa masuk kedalam studio untuk memastikan kebersihan studio sentiasa terjaga. Ini kerana pelanggan kami majoriti adalah keluarga yang mempunyai kanak-kanak dan bayi dan bagi mengelakkan mereka terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.

Kebiasaannya nanti, berapakah anggaran keping gambar (softcopy) yang kami akan dapat selepas photoshoot?

Dianggarkan lebih kurang 50-70 keping gambar jika semua ahli keluarga dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi photoshoot berlangsung.

Adakah semua gambar yang kami terima akan di edit terlebih dahulu

Ya, gambar akan di edit jika perlu, hanya untuk membaiki pencahayaan dan komposisi sahaja. Membaik pulih wajah atau memberikan kesan kurus pada bahagian badan adalah tidak termasuk dalam pakej ini. Jika memerlukan editing penuh ianya hanya akan dibuat bagi yang menempah pakej Frame sahaja.

 

Masa yang diberi untuk sesi photoshoot hanya 15 minit, sempat ke? Dapat gambar apa ya nanti?

Masa 15 minit tersebut adalah sempat jika anda telah siap sepenuhnya dari rumah dan mood anak-anak juga berada dalam keadaan yang baik. Dan yang paling penting setiap ahli keluarga dapat tiba mengikut masa temujanji yang ditetapkan. Setiap sesi photoshoot bagi setiap keluarga akan mendapat gambar pose yang seperti berikut:

a) Gambar penuh seisi keluarga formal dan freestyle

b) Gambar suami dan isteri

c) Gambar anak-anak atau adik beradik

d) Gambar ahli keluarga Perempuan

e) Gambar ahli keluarga lelaki

f) Gambar anak dan ayah

g) Gambar anak dan ibu

h) Gambar bersalaman raya

i) Jika sempat dan ada masa lagi, lebih banyak lagi pon boleh

 

Saya dan keluarga tak pandai posing, macam mana nak buat ya?

Jangan risau, jurugambar kami akan membantu anda untuk mendapatkan pelbagai posing yang sesuai dan menarik. Tetapi jika ada contoh posing anda sendiri yang nak kami ambil, ia lebih dialu-alukan.

 

Bolehkah saya membawa 2 set persalinan untuk ditukar semasa photoshoot?

 Pakej ini adalah untuk 1 persalinan sahaja. sekiranya anda ingin menukar dan mengambil gambar dengan set persalinan yang kedua, anda perlu menambah satu sesi lagi atau menempah dengan pakej 30minit dan keatas

Saya nak tempah pakej berserta frame tapi saya tak pandai nak agak saiz frame. boleh terangkan?

 Sekiranya anda perlukan bimbingan mengenai pakej frame, boleh hubungi pihak kami dan staff kami akan berikan link youtube yang menerangkan lebih terperinci tentang setiap satu jenis dan saiz frame.

Berapa lamakah tempoh kami akan dapat softcopy gambar photoshoot nanti?

Gambar softcopy akan dihantar melalui link google drive dalam tempoh 12-24 jam selepas sesi photoshoot anda selesai. bagi yang menempah pakej frame pula, frame gambar tersebut akan siap 30 hari selepas daripada tarikh pemilihan gambar untuk dicetak dari pihak anda.

 

SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN YANG LAIN, SILA HUBUNGI KAMI DI TALIAN 010-9139064

 

 
 

 

Close

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Fusce neque purus, eleifend vel sollicitudin ut.

Instagram

@rekahub.studio

Follow Us

info.rekahub@gmail.com